DISEMBER 2021

Abang Johari Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri


KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak pada jam 10.40 malam ini tadi. 

Majlis adat istiadat angkat sumpah disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, di sini diringi bersama Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Abang Johari ,71, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ketujuh selepas GPS berjaya menang mudah dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) hari ini. 

Hadir sama adalah isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, dua Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato Sri Prof. Sim Kui Hian dan pemimpin GPS yang lain.

Sumber dari : Sarawakku